Tarikh | : 18 Februari 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Modul ini dihadiri oleh 6 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan modul ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mengenali Microsoft Word dengan lebih mendalam. | |
Aktiviti | |
Setiap pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk membuat latihan Microsoft Word. Menerusi modul ini, para pelajar diajar mengenai asas menggunakan Microsoft Word dengan betul. Selain itu juga, sesi modul ini dapat membuatkan pelajar lebih mahir menggunakan Microsoft Word seperti cara memasukkan gambar, cara mengubah font dan saiz tulisan serta lain-lain lagi. |