Maklumat Negeri

Johor Darul Ta'zim adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia. Negeri Johor mempunyai 8 daerah dan salah satu daerahnya ialah Daerah Kota Tinggi.

 

 

Bendera Johor
 

 1.0
Bendera Rasmi Negeri Johor Darul Ta'zim
 

  • Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat.
  • Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor.
  • Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.
  • Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat.

 

 

JATA Johor

 JATA-Johor

  • Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
  • Empat bintang di sudut perisai putih menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
  • Bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam.
  • Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan.
  • Lukisan berbunga-bunga disebelah bawah perisai bermaksud gambir dan lada hitam; dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
  • Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah "Kepada Allah Berserah".
 
 
 Maklumat Daerah
 
 
 1.1
Bendera Rasmi Daerah Kota Tinggi
 

Bandar Kota Tinggi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Johor. Johor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. PEDi Bandar Petri Jaya terletak dibahagian berikut:

 Kota-Tinggi

 

 

 

Menteri Besar Johor, Ahli Parlimen dan ADUN

 

Menteri-Besar-Yang-Amat-Berhormat-Datuk-Onn-Hafiz-bin-Ghazi
Menteri Besar Johor
Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi

 

Parlimen-Tenggara-YB-Tuan-Manndzri-Bin-Nasib
Ahli Parlimen Tenggara (P155)
Yang Berhormat Tuan Manndzri bin Nasib

 

Dun-Panti-Yang-Berhormat-Tuan-Hahasrin-bin-Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Panti (N34)
Yang Berhormat Tuan Hahasrin bin Hashim

 

Mohammad-Nazrul-bin-Abd-Rahim-YDP-MDKT 
Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
Mohammad Nazrul bin Abd Rahim

 

 

 

 

Sumber:

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
https://www.johor.gov.my/

Laman Web Rasmi Dewan Negeri Johor
https://dewannegeri.johor.gov.my/

Portal Rasmi Parlimen Malaysia
https://www.parlimen.gov.my/

Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi
https://www.mdkt.gov.my/