Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).Gunung Muntahak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Laluan Awal Untuk ke gunung itu anda boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap disebelah kiri jalan besar. Seterusnya anda masuk ke jalan itu. Jalan tersebut biasa dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit. Jalannya tidak berapa rata dan berlubang-lubang. Untuk sampai ke kaki Gunung Muntahak jaraknya kira-kira 7 km.Dari tempat meletak kenderaan di pinggir hutan anda terpaksa berjalan kaki selama setengah jam meredah paya, bekas lombong lama dan semak resam dan benteng pasir yang ditumbuhi pokok orkid buluh dan periuk kera. Apabila anda telah sampai di kawasan sungai berjeram bermakna anda telah sampai ke kaki gunung.
http://bandarpetrijaya.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId46b25cced3
Sumber :
1- https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Muntahak
2- http://jomberjalan.blogspot.my/2012/05/air-terjun-9-tingkat.html