Tarikh : 2 Mac 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk memahirkan diri iaitu dengan cara belajar menaip dengan pantas dan tepat.
   
Aktiviti 
Para pelajar telah diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Selepas memberi tunjuk ajar dan bimbingan, para pelajar akan memulakan aktiviti dengan menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan. Para pelajar diuji dengan kepantasan menaip berdasarkan peringkat yang telah ditetapkan.Menerusi kelas ini, minat pelajar dapat dipupuk dengan cara mengasah kebolehan menaip dan seterusnya akan membantu menguasai penggunaan ICT pada masa akan datang.

Gambar Aktiviti Disini