Tarikh : 27 APRIL 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai ejaan didalam Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat. Selain itu juga, kelas ini dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari ejaan sesuatu perkataan dengan cara yang menyeronokkan sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat ayat yang lengkap.
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan komputer setiap seorang dan diberikan masa untuk melengkapkan permainan berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Selain itu juga, para pelajar diuji untuk mengeja perkataan didalam Bahasa Inggeris bermula dari ejaan perkataan peringkat yang paling mudah sehingga ke peringkat paling sukar. Kelas ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan ilmu ejaan di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. 

Gambar Aktiviti Disini