Tarikh | : 21 April 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan Microsoft Word dan juga pada masa yang sama ingin mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam mendalami Microsoft Word. Pendedahan awal dan pendedahan asas tentang Microsoft Word sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menerokai setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Word. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan tajuk My Biodata, dimana setiap pelajar bebas menggunakan kreativiti mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, para pelajar juga dilatih dengan baik untuk menggunakan segala fungsi dan kemudahan yang terdapat di Microsoft Word dalam memastikan hasil kerja yang menarik. Menerusi kelas ini, pelajar diberikan komputer setiap seorang dan ianya akan membuatkan para pelajar dapat memahami dengan mudah tentang pembelajaran Microsoft Word serta akan memperoleh kebaikan tersendiri dengan kemahiran yang dipelajari. |