Tarikh | : 20 April 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar untuk mempelajari seni kreatif melalui tayangan video. Selain itu, kelas ini juga membantu mengasah bakat pelajar dalam mempelajari seni kreatif yang hanya menggunakan teknologi terkini iaitu youtube. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan sehelai kertas A4 berwarna dan gam. Sebelum dibenarkan membuat origami berdasarkan video yang ditayangkan, para pelajar diminta untuk melihat tayangan video serta memahami teknik lipatan yang digunakan. Setelah itu, para pelajar akan meniru teknik-teknik tersebut dan membuat sehingga tamat. Bantuan petugas bersama-sama kreativiti pelajar diperlukan sepanjang menjalankan aktiviti ini. |