Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana petugas akan mengajar terlebih dahulu cara dan juga teknik untuk mencari perkatan-perkataan yang dikehendaki. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama satu jam untuk mencari perkataan tersembunyi yang mempunyai 24 peringkat; iaitu dari peringkat paling mudah ke peringkat paling sukar. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mengasah ketajaman minda para pelajar dalam mencari perkataan yang dikehendaki. Tambahan pula, para pelajar juga dapat melatih diri mereka untuk mencari perkataan yang diperlukan dalam masa yang singkat dan pantas. |