Tarikh | : 18 Jun 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahan kepada pelajar mengenai aneka kuih raya. Selain itu juga, para pelajar dapat mengetahui kuih raya sama ada kuih raya tradisional ataupun kuih raya moden. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana petugas akan mengajar terlebih dahulu cara untuk menjawab kuiz yang disediakan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama satu jam untuk menjawab soalan yang diberikan. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang aneka kuih raya bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Tambahan pula, para pelajar dapat mengetahui nama dan rupa bentuk kuih raya tersebut. |