Tarikh : 18 Jun 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat memberikan pelajar latihan asas Microsoft Word secara praktikal. 
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, petugas memberikan penerangan kepada pelajar megenai cara membuat  contoh kad ucapan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana pelajar akan diminta untuk menaip teks yang telah disediakan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama dua jam untuk menaip teks tersebut mengikut kreativiti masing- masing. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kegunaan dan fungsi setiap ikon yang terdapat didalam Microsoft Word.

Gambar Aktiviti Disini