Pelajar diberikan penerangan mengenai Rukun Negara oleh petugas terlebih dahulu. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menaip semula Rukun Negara mengikut kreativiti masing-masing. Setiap pelajar diberikan komputer setiap seorang satu, dan diberikan tempoh masa yang tertentu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Menerusi aktiviti ini, para pelajar dapat mempelajari kegunaan dan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word.Tambahan pula, ianya dapat membantu pelajar serta mendedahkan penggunaan Microsoft Word didalam usia yang muda. |