Tarikh | : 17 Ogos 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar untuk mengetahui asas penggunaan microsoft power point serta melatih para pelajar untuk lebih mahir didalam penggunaan microsoft power point. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai menu sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan taklimat oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai menu makanan pagi yang sihat. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft power point bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan; dengan mencari gambar menu tersebut beserta nama menu sarapan tersebut. Para pelajar juga mestilah mengetahui menu yang sihat serta kalori menu sarapan tersebut. |