Terlebih dahulu, petugas memberikan penerangan kepada pelajar mengenai format karangan yang betul bagi mendapat markah yang baik didalam peperiksaan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama dua jam untuk menaip teks tersebut mengikut kreativiti masing- masing. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kegunaan dan fungsi setiap ikon yang terdapat didalam Microsoft Word. Pelajar juga diberi tunjuk ajar oleh petugas bagi meyiapkan tugasan yang diberikan. Pelajar juga dapat menggunakan ilmu yang dipelajari melalui kelas Microsoft Word untuk kegunaan pada masa hadapan. |