Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar untuk mengetahui asas penggunaan microsoft power point serta melatih para pelajar untuk lebih mahir didalam penggunaan microsoft power point. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai hobi yang boleh dilakukan oleh pelajar agar masa digunakan dengan aktiviti yang berfaedah
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan taklimat oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai maksud hobi dan contoh-contoh hobi yang boleh dilakukan oleh pelajar. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft power point bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan; dengan mencari gambar mengenai hobi yang mereka lakukan. Para pelajar juga mestilah memasukkan pergerakan effect slide didalam Power Point masing-masing. 

Gambar Aktiviti Disini