Para pelajar diberikan penerangan oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai latihan asas microsoft word yang diberikan. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft word bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan sesuai dengan masa yang diberikan. Para pelajar diberi tunjuk ajar untuk memasukkan gambar didalam kotak, menukar jenis tulisan, membesarkan saiz tulisan dan juga menukar warna pada tulisan. |