Tarikh : 16 November 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah menengah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Linggiu. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang panduan mengisi borang secara atas talian. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat membantu pelajar agar dapat mengisi borang dengan cara yang betul dan tepat. Ia juga melahirkan pelajar yang  berpengetahuan dalam ICT. 
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, para pelajar diberi taklimat oleh guru mereka yang turut sama turun padang. Pelajar juga diberi taklimat asas mengenai cara yang betul untuk mengisi borang oleh petugas. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan cara yang betul untuk mengisi borang secara atas talian supaya permohonan tersebut tidak ditolak. Setiap permohonan yang dilakukan oleh pelajar secara atas talian kemudiannya, di simpan didalam format PDF untuk rujukan kelak. 

Gambar Aktiviti Disini