Tarikh | : 18 Disember 2018 |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 11 orang pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Petri Jaya yang bakal menduduki UPSR 2019. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pembelajaran secara atas talian yang merangkumi nota dan juga latihtubi kepada para pelajar. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat membantu para pelajar agar dapat menggunakan waktu yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Tambahan pula, kemudahan yang disediakan di Pusat Internet juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya. | |
Aktiviti | |
Terlebih dahulu, para pelajar diberi taklimat oleh guru mereka yang turut sama turun padang iaitu Puan Noraishah Binti Salim. Pelajar juga diberi taklimat asas mengenai cara yang betul seperti memasukkan no ID mengikut kod siri di kad I Learn untuk mengisi pendaftaran secara atas talian. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar didalam aspek pembelajaran sebagai persiapan awal menghadapi UPSR 2019. Setiap para pelajar memperolehi kad I Learn dan sebuah komputer bagi memudahkan para pelajar mendaftar masuk serta mengulangkaji dan juga membuat latihtubi yang telah disediakan. Pelajar juga diberi penilaian pemarkahan secara atas talian apabila siap menjawab kesemua soalan yang disediakan. |