Tarikh : 19 Disember 2018
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 97 orang
Tujuan 
Program ini dihadiri oleh 97 orang termasuk komuniti setempat, wakil dari Klinik Kesihatan Bandar Tenggara dan juga petugas Pusat Internet. Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu juga, melalui program ini, ianya dapat mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi kerajaan, MPKK dan NGO. Tambahan pula, melalui program ini ia dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan Teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaraan yang bersih. 
   
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet berlansung. Antaranya ialah, Pengenalan Pusat Internet, Pengenalan Dashboard Komuniti, Kuiz Dashboard Komuniti, Taklimat Klik Dengan Bijak, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Kesihatan, Mewarna Poster bagi Kanak-Kanak, Mewarna Online Carian Google, Pameran Kesihatan, Pertandingan Lompat Bintang Terbanyak, Pertandingan Lompat Tali Skipping Terbanyak, MyKomuniti: Carian Artikel berkaitan Kesihatan & Kebersihan dan juga Cabutan Bertuah disediakan untuk semua pengunjung. 

Gambar Aktiviti Disini