BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Rusnadiatul Adawiah Binti Rustam |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Rusnadiatul Adawiah seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Petri Jaya
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Rusnadiatul berpendapat bahawa Pusat Internet adalah tempat bermain game. Tetapi, setelah diterangkan oleh petugas disini, pandangan Rusnadiatul terhadap Pusat Internet telah berubah dan mengetahui bahawa Pusat Internet adalah pusat kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Sebelum penglibatannya di Pusat Internet,Rusnadiatul tidak pandai mencari informasi dan maklumat di internet serta tidak cekap menaip. Rusnadiatul juga tidak mengetahui bahawa terdapat latihan pembelajaran ICT yang menarik disediakan di Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, pengetahuan Rusnadiatul kian bertambah melalui pembacaan carian yang tepat dan cepat di internet melalui Browser Internet Explore dan juga Google Chrome.Ia juga memudahkan untuk mencari pelbagai informasi sebagai rujukan. Rusnadiatul juga menambahkan pengetahuannya dengan menggunakan internet bagi membuat latihan berkaitan UPSR di dalam internet seperti Zoom A, Latih Tubi dan e-Kuntum.com. Selain itu juga, petugas telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Rusnadiatul menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Microsoft PowerPoint. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di Pusat Internet, Rusnadiatul kini mahir menaip dengan cekap serta bijak mencari informasi menggunakan internet.