BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Nur Aliya Diyana Binti Ramli
Umur : 13 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nur Aliya Diyana Binti Ramli merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Diyana berpendapat bahawa Pusat Internet adalah tempat bermain game dan tiada kepentingan untuk pembelajaran literasi komputer. Tetapi, setelah diterangkan oleh petugas disini, pandangan Diyana terhadap Pusat Internet telah berubah dan mengetahui bahawa Pusat Internet adalah pusat kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Diyana tidak pandai mencari informasi dan maklumat di internet serta tidak cekap menaip. Diyana juga tidak mengetahui bahawa terdapat latihan pembelajaran ICT yang menarik disediakan di Pusat Internet setelah menjadi ahli. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, pengetahuan Diyana kian bertambah melalui pembacaan carian yang tepat dan cepat di internet melalui Browser Internet Explore dan juga Google Chrome.Ia juga memudahkan untuk mencari pelbagai informasi sebagai rujukan. Diyana mendapati terdapat banyak kebaikan apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di Pusat Internet. Diyana juga menambahkan pengetahuannya dengan menggunakan internet bagi membuat latihan yang diberikan oleh gurunya. Sebagai contoh, Diyana menggunakan Google Chrome untuk mencari contoh karangan yang terbaik. Selain itu juga, petugas telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Diyana menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Microsoft PowerPoint. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di Pusat Internet, Diyana kini mahir menaip dengan cekap serta bijak mencari informasi menggunakan internet.