Nama | : Nur Ain Najwa Binti Roslee |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Ain Najwa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu. Ain Najwa selalu mengikuti latihan pembelajaran yang dilaksanakan secara percuma di Pusat Internet Komuniti (PIK) . Sepanjang tempoh PKP dan PKPP, Ain Najwa kerap mengunjungi PIK untuk melaksanakn kerja sekolah yang telah diberikan oleh gurunya.Setiap hujung minggu, Ain Najwa akan mengikuti kelas pembelajaran yang dilaksanakan di PIK. Ain Najwa kini lebih mahir menggunakan mouse dan keyboard berbanding keadaan yang sebelum ini setelah dia berdaftar menjadi ahli Pusat Internet. Ain Najwa juga mengikuti kelas pembelajaran komputer secara percuma yang terdapat di PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ahli Pusat Internet ini beranggapan pada mulanya bahawa Pusat Internet adalah Cyber Café(CC). Ain Najwa juga menganggap bahawa Pusat Internet ini tidak berkepentingan kepada pelajar sekolah sepertinya. Tetapi setelah diterangkan oleh petugas di sini, Ain Najwa memahami akan Pusat Internet Komuniti adalah satu tempat dimana Ain Najwa boleh belajar komputer dengan bantuan petugas Pusat Internet. Seterusnya , PIK adalah tempat pembelajaran sepanjang hayat lebih lebih lagi terhadap pelajar. Pusat Interne Komuniti juga menyediakan banyak kemudahan lain seperti fotostet, scanning, laminating dan print. Pada awalnya, Ain Najwa tidak mahir dalam menggunakan komputer, lebih-lebih didalam menggunakan carian google, mengikuti kelas e-pembelajaran dan juga cara penggunaan email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, pengetahuan dan kemahiran Ain Najwa dalam menggunakan komputer dan internet semakin baik dari sebelum ini. Ain Najwa mengetahui bahawasanya apabila menjadi ahli Pusat Internet Komuniti dengan bayaran sebanyak RM5 sahaja, banyak kebaikkan dan manfaatnya iaitu apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di PIK. Selain itu, Ain Najwa juga sudah bijak untuk menggunakan carian Google, meggunakan tetikus dan papan kekunci. Ain Najwa juga gemar akan mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas seperti kelas menaip pantas, kelas E Pembelajaran, mendengar taklimat KDB dan juga Quizizz. Kini, beliau lebih mahir dan lebih berkeyakinan dalam menggunakan komputer dan internet.