Golongan pemuda antara penyumbang tenaga terbesar dalam sesebuah majlis keramaian. Golongan ini ringan tangan dalam membantu kerja-kerja berat yang perlu dilaksanakan bagi mempercepatkan kelancaran majlis. Bagi aktiviti seperti gotong-royong di sekitar kampung, golongan ini dipertanggungjawabkan untuk menebas semak, memotong rumput dan sebagainya.