BANDAR PETRI JAYA
Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA.
Wilayah Kejora meliputi enam kawasan bandar baru kejora iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara,Bandar Mas,Bandar Sri Perani, Bandar Petri Jaya, dan Taman Sri Lambak. Bandar Petri Jaya yang bernaung di Wilayah Kejora yang terletak di Tenggara Kota Tinggi ini mempunyai penduduk seramai 1236 orang penduduk dengan jumlah rumah sebanyak 206 rumah yang mana meliputi suku kaum melayu dan mamak.
Bandar Petri Jaya ini tertumpu kepada pembangunan penempatan, perindustrian dan perniagaan . Sosio-ekonomi di sini terdiri daripada 20% kakitangan kerajaan , swasta seramai 10% , pekebun atau petani seramai 20% , buruh seramai 40% dan 10% bagi badan berkanun. Dan pendapatan isi rumah bagi kawasan sekitar adalah dalam lingkungan RM751-1500 .
sumber :
1-http://www.lbjt.gov.my/petrijaya
2-Profil bandar petri jaya .pdf