Golongan wanita di Bandar Petri Jaya digabungkan dalam kumpulan persatuan yang dikenali sebagai Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Persatuan ini  ini memberikan komitmen yang tinggi dari segi gotong-royong setiap kali majlis keramaian diadakan seperti kenduri perkahwinan, kesyukuran, tahlil dan sebagainya. Mereka akan berkumpul di tempat berlansungnya majlis keramaian sejak dari awal untuk membantu tuan rumah menguruskan majlis. Tugas-tugas terlebih dahulu dibincangkan dalam menyuarat yang telah ditetapkan sebelum majlis berlangsung.