BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Nur Aliya Diyana Binti Ramli
Umur : 13 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nur Aliya Diyana Binti Ramli merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Diyana berpendapat bahawa Pusat Internet adalah tempat bermain game dan tiada kepentingan untuk pembelajaran literasi komputer. Tetapi, setelah diterangkan oleh petugas disini, pandangan Diyana terhadap Pusat Internet telah berubah dan mengetahui bahawa Pusat Internet adalah pusat kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Diyana tidak pandai mencari informasi dan maklumat di internet serta tidak cekap menaip. Diyana juga tidak mengetahui bahawa terdapat latihan pembelajaran ICT yang menarik disediakan di Pusat Internet setelah menjadi ahli. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, pengetahuan Diyana kian bertambah melalui pembacaan carian yang tepat dan cepat di internet melalui Browser Internet Explore dan juga Google Chrome.Ia juga memudahkan untuk mencari pelbagai informasi sebagai rujukan. Diyana mendapati terdapat banyak kebaikan apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di Pusat Internet. Diyana juga menambahkan pengetahuannya dengan menggunakan internet bagi membuat latihan yang diberikan oleh gurunya. Sebagai contoh, Diyana menggunakan Google Chrome untuk mencari contoh karangan yang terbaik. Selain itu juga, petugas telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Diyana menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Microsoft PowerPoint. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di Pusat Internet, Diyana kini mahir menaip dengan cekap serta bijak mencari informasi menggunakan internet.

USAHAWAN MENJUAL PAKAIAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Nama : Fazidah Binti Fapindi
Umur : 30 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Fazidah merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual pakaian bayi dan kanak-kanak secara sepenuh masa dirumah bermula penghujung 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan ICT, Puan Fazidah menjalankan perniagaan hanya menggunakan komunikasi secara lisan sahaja dan mendapat pelanggan hanya jiran tetangga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT ,produk jualan Puan Fazidah kini dikenali bukan hanya di kawasan perumahannya, malah ke sekitar kampung terdekat. Fazidah memasarkan produknya melalui platform whatapps, facebook dan myshop. Kini, perniagaan Puan Fazidah dijalankan sepenuhnya diatas talian dan penghantaran barang juga dilakukan melalui perkhidmatan pos laju mahupun C.O.D. kepada para pelanggan. 

 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Rusnadiatul Adawiah Binti Rustam
Umur : 10 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Rusnadiatul Adawiah seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Petri Jaya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Rusnadiatul berpendapat bahawa Pusat Internet adalah tempat bermain game. Tetapi, setelah diterangkan oleh petugas disini, pandangan Rusnadiatul terhadap Pusat Internet telah berubah dan mengetahui bahawa Pusat Internet adalah pusat kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Sebelum penglibatannya di Pusat Internet,Rusnadiatul tidak pandai mencari informasi dan maklumat di internet serta tidak cekap menaip. Rusnadiatul juga tidak mengetahui bahawa terdapat latihan pembelajaran ICT yang menarik disediakan di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, pengetahuan Rusnadiatul kian bertambah melalui pembacaan carian yang tepat dan cepat di internet melalui Browser Internet Explore dan juga Google Chrome.Ia juga memudahkan untuk mencari pelbagai informasi sebagai rujukan. Rusnadiatul juga menambahkan pengetahuannya dengan menggunakan internet bagi membuat latihan berkaitan UPSR di dalam internet seperti Zoom A, Latih Tubi dan e-Kuntum.com. Selain itu juga, petugas telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Rusnadiatul menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Microsoft PowerPoint. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di Pusat Internet, Rusnadiatul kini mahir menaip dengan cekap serta bijak mencari informasi menggunakan internet.

 

USAHAWAN MAKANAN FROZEN 

Nama : Siti Farahieza Binti Jamal Ab Nasir
Umur : 24 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Siti Farahieza merupakan salah seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan frozen pada bulan Oktober 2017 secara sepenuh masa dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan ICT,Siti Farahieza menjalankan perniagaan hanya menggunakan komunikasi secara lisan sahaja dan mendapat pelanggan hanya jiran tetangga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT,produk jualan Siti Farahieza kini dikenali bukan hanya di kawasan perumahannya, malah ke sekitar kampung terdekat. Siti Farahieza memasarkan produknya melalui platform whatapps,facebook,instagram dan myshop. Selain itu juga, Siti Farahieza juga telah mempelajari teknik mengambil gambar yang kreatif agar mampu menarik minat pelanggannya. 

 

 

Latar belakang

Akbal bin Ahmad telah menjalankan perniagaan sekitar setahun ini. Bermula dengan perniagaan perkhidmatan insuran kereta. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan ICT Akbal menjalankan perniagaan hanya menggunakan komunikasi secara lisan dan mendapat pelanggan di sekitar kawasan perumahannya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT ,produk jualan Akbal kini dikenali bukan hanya di kawasan perumahannya, malah ke sekitar kampung terdekat dan bandar. Akbal memasarkan produknya melalui platform whatapps, facebook dan myshop.

 

akbal1     akbal2