USAHAWAN TAKOYAKI
Nama | : Muhammad Hazim Bin Hasbullah |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Hazim telah menjalankan perniagaan menjual takoyaki pada bulan Ogos tahun 2020 secara sambilan dirumah memandangkan Hazim merupakan pelajar diploma IPTA tahun akhir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan ICT, Hazim menjalankan perniagaan tersebut dengan hanya menggunakan komunikasi secara lisan sahaja dan mendapat pelanggan hanya jiran tetangga dan rakan-rakan dikampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas penggunaan ICT ,produk jualan Hazim kini dikenali bukan hanya di kawasan perumahannya, malah ke sekitar bandar terdekat. Servis penghantaran takoyaki juga turut disediakan olehnya bagi memenuhi pesanan pelanggannya yang tinggal diluar kawasan Bandar Petri Jaya. Hazim juga memasarkan produknya melalui platform whatapps, facebook page dan juga myshop agar lebih ramai yang mengetahui akan perniagaan yang dijalankannya.
Nama | : Nur Ain Najwa Binti Roslee |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Ain Najwa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu. Ain Najwa selalu mengikuti latihan pembelajaran yang dilaksanakan secara percuma di Pusat Internet Komuniti (PIK) . Sepanjang tempoh PKP dan PKPP, Ain Najwa kerap mengunjungi PIK untuk melaksanakn kerja sekolah yang telah diberikan oleh gurunya.Setiap hujung minggu, Ain Najwa akan mengikuti kelas pembelajaran yang dilaksanakan di PIK. Ain Najwa kini lebih mahir menggunakan mouse dan keyboard berbanding keadaan yang sebelum ini setelah dia berdaftar menjadi ahli Pusat Internet. Ain Najwa juga mengikuti kelas pembelajaran komputer secara percuma yang terdapat di PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ahli Pusat Internet ini beranggapan pada mulanya bahawa Pusat Internet adalah Cyber Café(CC). Ain Najwa juga menganggap bahawa Pusat Internet ini tidak berkepentingan kepada pelajar sekolah sepertinya. Tetapi setelah diterangkan oleh petugas di sini, Ain Najwa memahami akan Pusat Internet Komuniti adalah satu tempat dimana Ain Najwa boleh belajar komputer dengan bantuan petugas Pusat Internet. Seterusnya , PIK adalah tempat pembelajaran sepanjang hayat lebih lebih lagi terhadap pelajar. Pusat Interne Komuniti juga menyediakan banyak kemudahan lain seperti fotostet, scanning, laminating dan print. Pada awalnya, Ain Najwa tidak mahir dalam menggunakan komputer, lebih-lebih didalam menggunakan carian google, mengikuti kelas e-pembelajaran dan juga cara penggunaan email.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, pengetahuan dan kemahiran Ain Najwa dalam menggunakan komputer dan internet semakin baik dari sebelum ini. Ain Najwa mengetahui bahawasanya apabila menjadi ahli Pusat Internet Komuniti dengan bayaran sebanyak RM5 sahaja, banyak kebaikkan dan manfaatnya iaitu apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di PIK. Selain itu, Ain Najwa juga sudah bijak untuk menggunakan carian Google, meggunakan tetikus dan papan kekunci. Ain Najwa juga gemar akan mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas seperti kelas menaip pantas, kelas E Pembelajaran, mendengar taklimat KDB dan juga Quizizz. Kini, beliau lebih mahir dan lebih berkeyakinan dalam menggunakan komputer dan internet.
USAHAWAN MAKANAN RINGAN
Nama | : Miskiah Binti Jais |
Umur | : 50 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Miskiah merupakan salah seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan makanan ringan seperti siput sambal, kacang sambal, siput ketumbar jintan dan lain-lain pada bulan Jun 2017 secara sambilan dirumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan ICT,Puan Miskiah menjalankan perniagaan hanya menggunakan komunikasi secara lisan sahaja dan mendapat pelanggan hanya jiran tetangga sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas penggunaan ICT,produk jualan Puan Miskiah kini dikenali bukan hanya di kawasan perumahannya, malah ke sekitar kampung terdekat. Puan Miskiah juga memasarkan produknya melalui platform whatapps,facebook,instagram dan myshop. Selain itu juga, Puan Miskiah juga telah mempelajari teknik mengambil gambar yang kreatif agar mampu menarik minat pelanggannya.
MICROSOFT WORD DAN MICROSOFT POWER POINT
Nama | : Muhammad Aiman Bin Sahlan |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Muhammad Aiman Bin Sahlan merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu, Kota Tinggi, Johor. Pada tahun ini, Aiman bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ahli Pusat Internet ini beranggapan pada mulanya bahawa Pusat Internet adalah tempat untuk bermain game atas talian dan hanya berkepentingan kepada pelajar sekolah rendah sahaja. Tetapi setelah diterangkan oleh petugas di sini, pandangan beliau terhadap Pusat Internet telah berubah. Pusat Internet ialah kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Banyak kemudahan yamg disediakan di Pusat Internet. Pada awalnya , Aiman tidak mahir dalam menggunakan komputer. Kini, dia kerap datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan internet seperti mencari informasi bagi melengkapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Aiman juga kerap terlibat dengan kelas yang dijalankan oleh petugas seperti Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Aiman mendapati terdapat banyak kebaikkan dan manfaat apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di Pusat Internet. Tambahan pula, Aiman sudah berdaftar menjadi ahli di Pusat Internet. Kelas latihan biasanya Aiman ikuti pada hujung minggu. Selain itu, Aiman banyak menggunakan search engine GOOGLE untuk mencari info berkaitan pembelajaran. Kini, beliau lebih mahir dalam menggunakan Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point. Penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point yang mahir amatlah penting untuk kegunaan masa hadapan.
CARIAN MAKLUMAT DI INTERNET DAN MENAIP
Nama | : M.Denish Hakimi Bin Zamhairi |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
M. Denish Hakimi Bin Zamhair merupakan pelajar Darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ahli PI ini pada kali pertama dia datang ke Pusat Internet dengan ajakan rakan baiknya. Dia mengunjungi PI kerana ingin mengetahui apa itu Pusat Internet. Dia juga berpendapat bahawa Pusat Internet adalah tempat bermain game dan tiada kepentingan untuk pembelajaran dalam literasi komputer. Dia juga menganggap bahawa PI itu adalah Cyber Cafe (CC). Akan tetapi setelah diterangkan oleh petugas di sini, pandangan pelajar ini terhadap PI telah berubah dan PI adalah pusat kemudahan ICT kepada penduduk kampung. Pada awalnya , dia tidak tahu menggunakan komputer dan tiada kemahiran langsung kerana di sekolah kemudahan komputer amat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, pengetahuan Denish terhadap penggunaan carian google dan menaip semakin baik dan membanggakan. Denish mendapati terdapat banyak kebaikkan apabila menyertai latihan dan kelas yang diadakan di PI. Tambahan pula, latihan dan kelas yang disertai adalah percuma apabila dia sudah menjadi ahli PI. Sewaktu Denish berada di sekolah, gurunya sering memberi tugasan dan kerja sekolah untuk mencari informasi menggunakan carian internet. Selain itu juga, Denish kini menjadi lebih mahir untuk menggunakan komputer dan juga rajin mengulangkaji matapelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di Pusat Internet, Denish kini mahir menaip dengan cekap serta bijak mencari informasi menggunakan internet.
Halaman 1 dari 2