Tarikh : 10 Dis 2021 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Bandar Petri Jaya
Peserta : 2 orang

Tujuan

-       Memperkenalkan kepada pelajar tentang komponen komputer dan fungsi asasnya.

-       Memberi latih tubi dan latihan dalam subjek Matematik dan English secara atas talian kepada pelajar

-       Melatih pelajar menggunakan kemudahan internet yang disediakan.

-       Membantu pelajar mengulangkaji secara atas talian dengan cara yang menyeronokkan.

-       Pelajar dapat memahirkan diri dalam penggunaan tetikus, komputer dan juga internet. 

 

Aktiviti

Petugas mengajar pelajar secara atas talian menggunakan search engine Google iaitu Quizizz.com dan Typing Race. Selain itu, petugas membantu pelajar dengan mengajar cara untuk memasuki ke permainan pembelajaran tersebut. Seterusnya, petugas membantu pelajar dalam menerangkan cara-cara yang betul untuk bermain secara atas talian. Seterusnya, pelajar dikehendaki untuk fokus sepanjang sesi pembelajaran dilaksanakan.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 03 Nov 2021 (Rabu)
Masa : 02.00 Petang - 03.00 Petang
Lokasi : PEDi Bandar Petri Jaya
Peserta : 2 orang

Tujuan

Pelajar dapat mengenali tentang perayaan oleh masyarakat India di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan. Seterusnya, pelajar dapat menggunakan kemudahan Pusat Internet Komuniti 

 

Aktiviti

-       Petugas mengajar pelajar menggunakan search engine Google untuk mencari gambar berkaitan perayaan Deepavali

-       Petugas membantu pelajar dengan mengajar cara untuk menyimpan gambar didalam format png dan jpeg sebelum print gambar tersebut.

-       Petugas membantu pelajar sewaktu kelas mewarna diadakan.

-       Pelajar melakukan aktiviti dengan baik dan fokus sewaktu kelas dijalankan. 

 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 24 Sept 2021 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 2 orang

Tujuan

Memberi pengenalan dan tunjuk ajar cara untuk membuat QR Code My Sejahtera. Selain itu, melatih komuniti menggunakan kemudahan internet yang disediakan. Seterusnya, membantu usahawan dan komuniti untuk memahirkan diri menggunakan komputer dan pelajar dapat memahirkan diri dalam penggunaan, komputer dan juga internet

Aktiviti

-       Menerangkan kepada komuniti terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilaksanakan.

-       Petugas Pusat Internet Komuniti sentiasa membantu komuniti cara yang betul untuk membuat QR Code

-       Petugas menerangkan satu persatu sehingga proses QR Code selesai.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 20 Okt 2021 (Rabu)
Masa : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 1 orang

Tujuan

Persediaan tempat yang digunakan sebagai tempat interview. Selain itu, melatih komuniti menggunakan kemudahan internet yang disediakan. Seterusnya, membantu komuniti untuk memudahkan urusan dalam mencari pekerjaan dan komuniti dapat memaksimumkan penggunaan internet.

Aktiviti

-       Menerangkan kepada komuniti akan proses dan procedure yang dijalankan.

-       Petugas Pusat Internet Komuniti sentiasa membantu komuniti cara yang betul untuk mengelog masuk dan keluar interview secara atas talian.

-       Petugas menerangkan satu persatu sehingga proses interview selesai.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 08 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 02.00 Petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 2 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian fungsi internet dan komputer. Selain itu, melahirkan pelajar yang bijak dan cepat menaip dengan pantas dan tepat. Seterusnya, melahirkan pelajar yang bijak ICT dan mengetahui akan kekuatan katakunci sesuatu akaun mereka. Pelajar dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Komuniti dengan menyertai kuiz secara atas talian. 

Aktiviti

 

-       Petugas memberikan tunjuk ajar berkaitan kelas pembelajaran yang dilaksanakan.

-       Membantu pelajar dengan memberi tunjuk ajar cara-cara yang betul.  

-       Pelajar dapat mengasah diri menaip dengan betul berdasarkan teks.

-       Pelajar dapat mengetahui akan kepentingan membina kata laluan yang kukuh.

-      Pelajar dapat menjawab kuiz dengan cara permainan yang menyeronokkan. 

 

Gambar Aktiviti Disini