Tarikh | : 02 Disember 2019 (Khamis) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Memberi pengenalan dan pengetahuan asas kepada pelajar dalam menggunakan Math Online Games ini. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan matematik. Seterusnya, melahirkan pelajar yang celik IT menerusi kelas yang dilaksanakan di Pusat Internet.
Aktiviti
Mempraktikkan penggunaan Math Online Games dalam kalangan pelajar agar lebih mahir operasi tambah dan memastikan setiap pelajar memahami dan tidak ketinggalan sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Seterusnya, pelajar diajar teknik mengira dengan pantas berdasarkan soalan atas talian yang diberi.
Tarikh | : 01 Disember 2019 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi - 01.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali dan cara kegunaan Microsoft Word dan pendedahan awal tentang cara menggunakan papan kekunci dan cara menaip dengan betul mengikut teks.
Aktiviti
Memastikan pelajar memahami penggunaan papan kekunci dengan betul, seperti cara menaip tanda seru. Selain itu, memastikan pelajar faham sepenuhnya ketika sesi pengajaran dijalankan. Seterusnya, pelajar juga diajar untuk menaip karangan dengan berpandukan teks yang diberikan.
Tarikh | : 16 November 2019 (Jumaat) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Menambahkan pengetahuan pelajar dalam pengunaan Bahasa Inggeris dan membantu pelajar dalam bina ayat dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, membantu mereka dalam menguasai grammar dalam Bahasa Inggeris
Aktiviti
Menerangkan kepada pelajar dan membuat praktikal menggunakan komputer. Selain itu, menggunakan laman web pembelajaran dan diberikan masa untuk susun semula ayat yang diterbalikkan melalui web tersebut. Seterusnya, petugas membantu pelajar dalam penggunaan grammar semasa bina ayat.
Tarikh | : 16 November 2019 (Jumaat) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang komputer, perkakasan komputer dan asas Bahasa Melayu. Selain itu, membantu pelajar mengenali perkakasan komputer dengan cara yang menyeronokkan. Seterusnya, membantu pelajar mahir menguasai asas Bahasa Melayu
Aktiviti
Membuat penyediaan asas berkaitan perkakasan komputer yang sesuai kepada pelajar sekolah rendah. Selain itu, memastikan pelajar memahami nama perkakasan komputer (BM & BI) dan juga fungsinya. Seterusnya, menguji daya pemahaman pelajar menerusi kuiz online dan menguji pelajar untuk menaip.
Tarikh | : 12 Oktober 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya memahirkan diri dalam menaip. Selain itu, mengetahui asas-asas menaip dengan betul dari kecil lagi.
Aktiviti
Mempraktikkan kemahiran menaip bermula dengan jumlah perkatan paling sedikit sehingga paling banyak. Selain itu, memastikan setiap pelajar menaip dengan teknik yang betul iaitu menggunakan kedua jari. Seterusnya, pelajar diberi penerangan asas dengan melihat tayangan video terlebih dahulu.