Tarikh | : 7 Mac 2019 (Khamis) |
Masa | : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang |
Peserta | : 224 peserta |
Tujuan
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan menggunakan internet dengan bijak.
Aktiviti
Taklimat berkaitan pendedahan menggunakan internet secara bijak diberikan kepada pelajar. Jika, menyalahgunakannya pelbagai kesan yang akan berlaku pada diri. Justeru, semua komuniti perlu didedahkan secara teliti supaya dapat menggunakan internet dengan bijak dan berfaedah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah taklimat pengenalan Pusat Internet, Taklimat Klik Dengan Bijak, Mini Explorace dan Kuiz.
Tarikh | : 25 Januari 2019 |
Masa | : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan gmail kepada ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah supaya mahir dalam menggunakan gmail
Aktiviti
Sebanyak empat orang peserta di ajar cara-cara mendaftar akaun gmail dan kemudian di ajar langkah-langkah untuk menghantar email, membalas email, serta lain-lain.
Tarikh | : 19 Disember 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 97 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri oleh 97 orang termasuk komuniti setempat, wakil dari Klinik Kesihatan Bandar Tenggara dan juga petugas Pusat Internet. Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu juga, melalui program ini, ianya dapat mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi kerajaan, MPKK dan NGO. Tambahan pula, melalui program ini ia dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan Teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaraan yang bersih. | |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet berlansung. Antaranya ialah, Pengenalan Pusat Internet, Pengenalan Dashboard Komuniti, Kuiz Dashboard Komuniti, Taklimat Klik Dengan Bijak, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Kesihatan, Mewarna Poster bagi Kanak-Kanak, Mewarna Online Carian Google, Pameran Kesihatan, Pertandingan Lompat Bintang Terbanyak, Pertandingan Lompat Tali Skipping Terbanyak, MyKomuniti: Carian Artikel berkaitan Kesihatan & Kebersihan dan juga Cabutan Bertuah disediakan untuk semua pengunjung. |
Tarikh | : 11 Januari 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan | |
Memberi penerangan dan taklimat tentang Dashboard Komuniti yang perlu diketahui oleh peserta. Aktiviti Taklimat Dashboard Komuniti dan Kuiz Online Dashboard Komuniti. |
Tarikh | : 18 Disember 2018 |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 11 orang pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Petri Jaya yang bakal menduduki UPSR 2019. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pembelajaran secara atas talian yang merangkumi nota dan juga latihtubi kepada para pelajar. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat membantu para pelajar agar dapat menggunakan waktu yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Tambahan pula, kemudahan yang disediakan di Pusat Internet juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya. | |
Aktiviti | |
Terlebih dahulu, para pelajar diberi taklimat oleh guru mereka yang turut sama turun padang iaitu Puan Noraishah Binti Salim. Pelajar juga diberi taklimat asas mengenai cara yang betul seperti memasukkan no ID mengikut kod siri di kad I Learn untuk mengisi pendaftaran secara atas talian. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar didalam aspek pembelajaran sebagai persiapan awal menghadapi UPSR 2019. Setiap para pelajar memperolehi kad I Learn dan sebuah komputer bagi memudahkan para pelajar mendaftar masuk serta mengulangkaji dan juga membuat latihtubi yang telah disediakan. Pelajar juga diberi penilaian pemarkahan secara atas talian apabila siap menjawab kesemua soalan yang disediakan. |