Tarikh :06 Julai 2020 (Jumaat)
Masa : 02.00 Petang - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 2 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami Bahasa Inggeris dengan mudah. Selain itu, memberi pendedahan bagi perkataan Bahasa Inggeris yang mudah disebut dan hafal. Seterusnya, memudahkan pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris yang basic.

Aktiviti

Membuat latihan terlebih dahulu untuk memahami makna perkataan yang diberi. Selain itu, pelajar diberikan taklimat asas terlebih dahulu berkaitan aktiviti yang dijalankan. 

Gambar Aktiviti Disini

 
Tarikh : 05 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi - 01.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang

Tujuan

Memberi pengenalan dan pengetahuan asas kepada golongan wanita dalam membuat permohonan BSH secara atas talian. Selain itu, memberi pendedahan kepada golongan wanita berkenaan cara mengisi permohonan BSH dengan betul. Seterusnya, melahirkan golongan surirumah yang celik IT menerusi kelas yang dilaksanakan di Pusat Internet.

Aktiviti

Mempraktikkan penggunaan komputer dalam kalangan surirumah agar lebih mahir. Selain itu, memastikan setiap wanita memahami dan tidak ketinggalan sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Seterusnya, setiap wanita diajar dengan betul cara untuk mendaftar permohonn BSH secara atas talian.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 19 Jun 2020 (Jumaat)
Masa : 09.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menaip dan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, pendedahan awal tentang cara menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan betul sejak awal lagi. Seterusnya, memberi ruang kepada pelajar untuk refresh back pembelajaran yang telah dipelajari.

Aktiviti

Memastikan pelajar  memahami arahan yang diberikan. Selain itu, memastikan pelajar memahami penggunaan papan kekunci dengan betul, seperti cara menaip dengan menggunakan kedua tangan , dan juga cara menggunakan tetikus dengan betul. Seterusnya, memastikan pelajar faham sepenuhnya  ketika sesi pengajaran dijalankan.

 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 04 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang

Tujuan

Memberi pengenalan dan pengetahuan asas kepada pelajar dalam menggunakan email sebagai salah satu medium perhubungan. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan cara menghantar email dan membalas email.Seterusnya, melahirkan pelajar yang celik IT menerusi kelas yang dilaksanakan di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Mempraktikkan penggunaan email dalam kalangan pelajar agar lebih mahir. Selain itu, memastikan setiap pelajar memahami dan tidak ketinggalan sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Seterusnya, pelajar diajar cara mendaftar email iaitu akaun gmail, cara menghantar email, cara membalas email dan juga cara untuk attach document.

Gambar Aktiviti Disini