Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang

Tujuan

Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar tentang cara membuat poster dan cara mengedit dengan menggunakan Canva. Selain itu, memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan kepada pelajar.

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang cara-cara untuk membuat poster dengan menggunakan Canva. Seterusnya,pelajar dikehendaki untuk membuat poster berkaitan kesihatan mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang bagi menghasilkan poster.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 4 April 2019 (Khamis)
Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 3 orang

Tujuan

Memberi pengenalan asas kepada pelajar mengenai huruf, nombor, dan juga mewarna secara atas talian. Selain itu, dapat menarik minat pelajar supaya belajar asas seperti kenali huruf dan nombor dengan kaedah pembelajaran menggunakan komputer dan internet.  

Aktiviti

Pelajar dapat mengenali huruf dan nombor sebagai asas di dalam pembelajaran. Tambahan pula, pembelajaran diatas talian yang menarik dan menyeronokkan , dapat memantapkan lagi daya pemahaman dan daya ingatan pelajar. Petugas juga memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dan memahami ketika sesi latihan dan pengukuhan dijalankan. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang

Tujuan

Memberi pengenalan asas kepada pelajar mengenai Microsoft Excel dan juga memberi pendedahan asas tentang kegunaan Microsoft Excel.

Aktiviti

Pendedahan mengenai apa itu Excel dan fungsi-fungsi icon yang terdapat di Microsoft Excel. Petugas juga menerangkan pelbagai kegunaan Excel kepada pelajar. Selepas itu,pelajar dikehendaki untuk membuat latihan pengukuhan seperti yang diarahkan oleh petugas sepanjang kelas berlangsung.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 13 Mac 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 11 orang

Tujuan

Memberi pendedahan tentang kegunaan komputer dan internet. Selain itu, memberi pemahaman lebih mendalam tentang cara mendaftar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Kad Sihat Johor kepada pengguna dan komuniti. 

Aktiviti

Dokumen yang berkaitan perlu di scan terlebih dahulu. Kemudian , pengguna dan komuniti menggunakan carian Google untuk mendaftar serta mengemaskini BSH dan Kad Sihat Johor. Petugas menerangkan kepada komuniti sambil membuat praktikal dengan menggunakan komputer. Pengguna dan komuniti juga diberikan masa untuk bertanya soalan. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang

Tujuan

Memberi pendedahan dan penerangan mengenai komponen komputer dan cara menggunakan Microsoft Power Point dengan betul kepada pelajar.

Aktiviti

Pendedahan mengenai apa itu komputer dan komponen-komponen komputer kepada pelajar. Tayangan video berkaitan komputer ditayangkan kepada pelajar. Seterusnya,pelajar dikehendaki untuk membuat power point mengikut kreativiti masing-masing mengenai komponen komputer yang telah dipelajari. 

Gambar Aktiviti Disini