Tarikh | : 12 Julai 2019 (Jumaat) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar menaip surat tidak rasmi. Selain itu, menarik minat pelajar supaya dapat mempelajari asas-asas menaip surat tidak rasmi.
Aktiviti
Mempraktikkan penggunaan Microsoft Word dan memastikan setiap pelajar memahami dan tidak ketinggalan sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Seterusnya, pelajar juga menggunakan asas-asas didalam Microsoft Word seperti saiz dan jenis tulisan.
Tarikh | : 29 Jun 2019 (Sabtu) |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar menaip melalui permainan yang menyeronokkan. Selain itu, menarik minat pelajar supaya dapat mempelajari asas-asas menaip.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang cara permainan terlebih dahulu. Menerusi kelas latihan ini, pelajar-pelajar dapat mempraktikkkan penggunaan keyboard atau papan kekunci dengan betul semaasa menaip perkataan yang dikehendaki. Pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang bagi melihat kehebatan menaip para pelajar.
Tarikh | : 18 Mei 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar tentang cara membuat peta minda dengan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang kegunaan Microsoft Word kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang cara-cara untuk membuat peta minda dengan menggunakan Microsoft Word. Seterusnya,pelajar diberikan tunjuk ajar oleh petugas untuk membuat peta minda sesuai dengan kreativiti pelajar itu sendiri. Pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang bagi mencari menghasilkan peta minda.
Tarikh | : 20 Jun 2019 (Khamis) |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar tentang apa itu dashboard komuniti, kegunaan aplikasi dashboard komuniti dan kegunaan modul Mykomuniti.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang dashboard komuniti. Kuiz online dashboard komuniti digunakan sebagai medium mengetahui pemahaman pelajar. Pelajar mengetahui tentang cara membuat artikel di platform My Komuniti. Pelajar mengetahui cara yang betul untuk log in dan log out ke Dashboard Komuniti.
Tarikh | : 2 Mei 2019 (Khamis) |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar tentang cara mendapatkan maklumat menggunakan carian internet melalui Google. Selain itu, memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada pelajar mengenai penerokaan contoh bahan kerja kursus yang berkaitan.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang cara-cara untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya,pelajar mencari bahan maklumat yang diperlukan sesuai dengan keperluan mereka. Pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang bagi mencari maklumat dan info yang berkaitan.