Tarikh : 11 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah menggunakan Youtube dalam menghasilkan sesuatu. Memberi pendedahan tentang kegunaan komputer dan internet kepada pelajar. Menghasilkan pelajar yang kreatif dan dapat mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.

 

 

Aktiviti

Membuat penyediaan kelas latihan berkaitan origami kertas. Pelajar didedahkan dengan kepelbagaian fungsi internet selain dari mendapatkan maklumat. Peralatan yang digunakan sewaktu kelas latihan seperti ham, gunting, pen, marker, soletip, A4 Warna disediakan dan dapat digunakan. Seterusnya, pelajar diberi pilihan memilih produk A4 sendiri.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 13 September 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta :7 orang

Tujuan

Memberi pengenalan kepada pelajar tentang kegunaan Paint. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara untuk memasukkan tulisan, menukar saiz tulisan dan menukar warna. Ia juga dapat memahirkan kemahiran berfikir secara kreatif terhadap pelajar-pelajar sejak kecik lagi.

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang kegunaan paint. Menerusi kelas aktiviti ini, ia dapat mempraktikkan penggunaan Paint agar pelajar mengetahui asas-asas penggunaanya. Petugas juga memastikan bahawa setiap pelajar memahami dan tidak ketinggalan sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Menerusi kelas aktiviti ini, ia dapat melahirkan pelajar yang celik IT seterusnya pelajar lebih mengenali komputer dan kegunaanya.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 13 Ogos 2019 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang

Tujuan

Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar tentang Logo Kemerdekaan bagi tahun 2019 dan juga asas menggunakan Microsoft Word. Selain itu, memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang kegunaan Microsoft Word kepada pelajar.

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat asas oleh petugas tentang cara-cara untuk memasukkan gambar, menukar jenis tulisan, menukar saiz tulisan dan lain-lain dengan menggunakan Microsoft Word. Seterusnya,pelajar diberikan tunjuk ajar oleh petugas untuk mencari informasi berkaitan logo kemerdekaan 2019 dengan carian google. Pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang bagi memahirkan penggunaan Microsoft Word.

Gambar Aktiviti Disini

-       Logo Kemerdekaan bagi tahun 2019 dan juga asas penggunaan Microsoft Word

Tarikh : 06 September 2019 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 9 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah mencari jawapan bagi soalan yang disediakan dengan menggunakan googleMemberi pendedahan tentang kegunaan komputer dan internet kepada pelajar. Menghasilkan pelajar yang berilmu dan dapat mengisi masa pelajar dengan aktiviti yang berfaedah

 

Aktiviti 

Membuat penyediaan kuiz berkaitan kemerdekaan. Selain itu, memastikan soalan kuiz ringkas dan mudah difahami oleh semua golongan pelajar sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pelajar juga didedahkan dengan kepelbagaian fungsi internet selain dari mendapatkan maklumat. 

 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 12 Julai 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang

Tujuan

Memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara menggunakan komputer dan tetikus dengan betul. Memberi pendedahan asas subjek Jawi, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam dengan kuiz yang menyeronokkan.

Aktiviti

Membuat penyediaan asas modul tentang tiga subjek dan menyediakan latihan pengukuhan kepada pelajar. Selain itu, memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham ketika sesi pengajaran dijalankan. Seterusnya, mempraktikkan cara menjawab soalan secara atas talian dengan betul.

 

Gambar Aktiviti Disini