Tarikh : 16 November 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah menengah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Linggiu. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang panduan mengisi borang secara atas talian. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat membantu pelajar agar dapat mengisi borang dengan cara yang betul dan tepat. Ia juga melahirkan pelajar yang  berpengetahuan dalam ICT. 
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, para pelajar diberi taklimat oleh guru mereka yang turut sama turun padang. Pelajar juga diberi taklimat asas mengenai cara yang betul untuk mengisi borang oleh petugas. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan cara yang betul untuk mengisi borang secara atas talian supaya permohonan tersebut tidak ditolak. Setiap permohonan yang dilakukan oleh pelajar secara atas talian kemudiannya, di simpan didalam format PDF untuk rujukan kelak. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 20 Oktober 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar untuk belajar menaip dengan pantas sambil mengetahui perkakasan komputer. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas menaip dan juga untuk mengasah pelajar dalam menaip. 
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan penerangan oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai latihan asas microsoft word yang diberikan. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft word bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan sesuai dengan masa yang diberikan. Para pelajar diberi tunjuk ajar untuk memasukkan gambar didalam kotak, menukar jenis tulisan, membesarkan saiz tulisan dan juga menukar warna pada tulisan. 
Tarikh : 21 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mengasah bakat pelajar dalam menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat melatih pelajar untuk menaip dengan pantas dan tepat mengikut teks dan karangan yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet.
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, petugas memberikan penerangan kepada pelajar mengenai format karangan yang betul bagi mendapat markah yang baik didalam peperiksaan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama dua jam untuk menaip teks tersebut mengikut kreativiti masing- masing. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kegunaan dan fungsi setiap ikon yang terdapat didalam Microsoft Word. Pelajar juga diberi tunjuk ajar oleh petugas bagi meyiapkan tugasan yang diberikan. Pelajar juga dapat menggunakan ilmu yang dipelajari melalui kelas Microsoft Word untuk kegunaan pada masa hadapan. 

 Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar untuk mengetahui asas penggunaan microsoft power point serta melatih para pelajar untuk lebih mahir didalam penggunaan microsoft power point. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai hobi yang boleh dilakukan oleh pelajar agar masa digunakan dengan aktiviti yang berfaedah
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan taklimat oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai maksud hobi dan contoh-contoh hobi yang boleh dilakukan oleh pelajar. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft power point bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan; dengan mencari gambar mengenai hobi yang mereka lakukan. Para pelajar juga mestilah memasukkan pergerakan effect slide didalam Power Point masing-masing. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 20 Ogos 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar untuk mengetahui asas penggunaan microsoft word serta melatih para pelajar untuk lebih mahir didalam penggunaan microsoft word. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai tema Hari Kebangsaan Kali ke 61 iaitu "Sayangi Malaysiaku".
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan taklimat terlebih dahulu oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai tema Hari Kebangsaan 2018 iaitu "Sayangi Malaysiaku". Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft word bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan; dengan mencari gambar logo tema tersebut, menaip semula secara kreatif mengenai penerangan logo tersebut, dan juga mempelajari menaip dengan pantas. 

Gambar Aktiviti Disini