Tarikh : 17 Ogos 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar untuk mengetahui asas penggunaan microsoft power point serta melatih para pelajar untuk lebih mahir didalam penggunaan microsoft power point. Selain itu juga, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai menu sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. 
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan taklimat oleh petugas Pusat Internet Bandar Petri Jaya mengenai menu makanan pagi yang sihat. Selepas itu, para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk mengaplikasikan secara praktikal pembelajaran microsoft power point bersesuaian dengan tajuk yang telah diberikan. Para peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan; dengan mencari gambar menu tersebut beserta nama menu sarapan tersebut. Para pelajar juga mestilah mengetahui menu yang sihat serta kalori menu sarapan tersebut.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 3 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberikan para pelajar menggunakan Microsoft Word secara praktikal.
   
Aktiviti 
Pelajar diberikan penerangan mengenai Rukun Negara oleh petugas terlebih dahulu. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menaip semula Rukun Negara mengikut kreativiti masing-masing. Setiap pelajar diberikan komputer setiap seorang satu, dan diberikan tempoh masa yang tertentu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Menerusi aktiviti ini, para pelajar dapat mempelajari kegunaan dan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word.Tambahan pula, ianya dapat membantu pelajar serta mendedahkan penggunaan Microsoft Word didalam usia yang muda. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 18 Jun 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, melalui kelas ini, ianya dapat memberikan pelajar latihan asas Microsoft Word secara praktikal. 
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, petugas memberikan penerangan kepada pelajar megenai cara membuat  contoh kad ucapan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana pelajar akan diminta untuk menaip teks yang telah disediakan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama dua jam untuk menaip teks tersebut mengikut kreativiti masing- masing. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kegunaan dan fungsi setiap ikon yang terdapat didalam Microsoft Word.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. 
   
Aktiviti 
Terlebih dahulu, pelajar diberikan penerangan dengan jelas dengan melihat tayangan video berkaitan agar meraka dapat memahami tentang Klik Dengan Bijak dengan lebih tepat. Selepas itu, para pelajar dikehendaki menjawab kuiz yang telah disediakan secara atas talian. Setiap pelajar akan mempunyai komputer masing-masing dan diberikan tempoh masa yang tertentu untuk menjawab soalan yang telah disediakan. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat menambahkan ilmu kesedaran teknologi dengan penerangan yang lebih jelas.

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 18 Jun 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahan kepada pelajar mengenai aneka kuih raya. Selain itu juga, para pelajar dapat mengetahui kuih raya sama ada kuih raya tradisional ataupun kuih raya moden. 
   
Aktiviti 
Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana petugas akan mengajar terlebih dahulu cara untuk menjawab kuiz yang disediakan. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama satu jam untuk menjawab soalan yang diberikan. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang aneka kuih raya bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Tambahan pula, para pelajar dapat mengetahui nama dan rupa bentuk kuih raya tersebut. 

Gambar Aktiviti Disini