Tarikh | : 26 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk mencari perkataan yang disediakan dikawasan yang tersembunyi. Selain itu juga, para pelajar dapat berfikir secara pantas untuk mencari perkataan-perkataan tersebut. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang dimana petugas akan mengajar terlebih dahulu cara dan juga teknik untuk mencari perkatan-perkataan yang dikehendaki. Selepas itu, para pelajar diberikan masa selama satu jam untuk mencari perkataan tersembunyi yang mempunyai 24 peringkat; iaitu dari peringkat paling mudah ke peringkat paling sukar. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat mengasah ketajaman minda para pelajar dalam mencari perkataan yang dikehendaki. Tambahan pula, para pelajar juga dapat melatih diri mereka untuk mencari perkataan yang diperlukan dalam masa yang singkat dan pantas. |
Tarikh | : 25 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar berfikiran kreatif dalam menghasilkan sesuatu dengan menggunakan paint. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai paint sebelum memulakan tugasan. Pendedahan kepada para pelajar oleh petugas tentang apa yang ada didalam paint yang boleh pelajar gunakan akan membantu mereka memahami penggunaan paint. Setiap pelajar diberikan sebuah komputer tiap seorang agar mereka dapat menggunakannya secara praktikal. Selain itu, setiap pelajar diberikan tajuk yang berbeza agar mereka akan berfikiran lebih kreatif dalam menghasilkan kerja dengan menggunakan paint. |
Tarikh | : 21 April 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan Microsoft Word dan juga pada masa yang sama ingin mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam mendalami Microsoft Word. Pendedahan awal dan pendedahan asas tentang Microsoft Word sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menerokai setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Word. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan tajuk My Biodata, dimana setiap pelajar bebas menggunakan kreativiti mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, para pelajar juga dilatih dengan baik untuk menggunakan segala fungsi dan kemudahan yang terdapat di Microsoft Word dalam memastikan hasil kerja yang menarik. Menerusi kelas ini, pelajar diberikan komputer setiap seorang dan ianya akan membuatkan para pelajar dapat memahami dengan mudah tentang pembelajaran Microsoft Word serta akan memperoleh kebaikan tersendiri dengan kemahiran yang dipelajari. |
Tarikh | : 20 April 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar untuk mempelajari seni kreatif melalui tayangan video. Selain itu, kelas ini juga membantu mengasah bakat pelajar dalam mempelajari seni kreatif yang hanya menggunakan teknologi terkini iaitu youtube. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan sehelai kertas A4 berwarna dan gam. Sebelum dibenarkan membuat origami berdasarkan video yang ditayangkan, para pelajar diminta untuk melihat tayangan video serta memahami teknik lipatan yang digunakan. Setelah itu, para pelajar akan meniru teknik-teknik tersebut dan membuat sehingga tamat. Bantuan petugas bersama-sama kreativiti pelajar diperlukan sepanjang menjalankan aktiviti ini. |
Tarikh | : 27 APRIL 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bandar Petri Jaya |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai ejaan didalam Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat. Selain itu juga, kelas ini dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari ejaan sesuatu perkataan dengan cara yang menyeronokkan sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat ayat yang lengkap. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberikan komputer setiap seorang dan diberikan masa untuk melengkapkan permainan berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Selain itu juga, para pelajar diuji untuk mengeja perkataan didalam Bahasa Inggeris bermula dari ejaan perkataan peringkat yang paling mudah sehingga ke peringkat paling sukar. Kelas ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan ilmu ejaan di dalam penguasaan Bahasa Inggeris. |