Tarikh : 3 Mac 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar dimana kesemua pelajar merupakan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar untuk mengetahui tentang ilmu teknologi yang berkaitan dengan animasi. Selain itu juga, menerusi kelas ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif.
   
Aktiviti 
Setiap pelajar diberikan sehelai kertas animasi yang boleh diwarnakan untuk mendapatkan kesan 3D dari gambar berkenaan. Pelajar turut diberikan kemudahan pensel warna dan bebas untuk mewarnakan kertas tersebut mengikut kreativiti mereka. Setelah siap mewarna, mereka akan melihat kesan animasi berdasarkan gambar-gambar tersebut apabila menggunakan telefon yang disediakan. 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 2 Mac 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk memahirkan diri iaitu dengan cara belajar menaip dengan pantas dan tepat.
   
Aktiviti 
Para pelajar telah diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Selepas memberi tunjuk ajar dan bimbingan, para pelajar akan memulakan aktiviti dengan menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan. Para pelajar diuji dengan kepantasan menaip berdasarkan peringkat yang telah ditetapkan.Menerusi kelas ini, minat pelajar dapat dipupuk dengan cara mengasah kebolehan menaip dan seterusnya akan membantu menguasai penggunaan ICT pada masa akan datang.

Gambar Aktiviti Disini

7.jpg

Tarikh : 19 JANUARI 2018
Masa : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
Lokasi : PUSAT INTERNET BANDAR PETRI JAYA

TUJUAN : 

1. Mendedahkan kepada pelajar supaya mahir dalam menggunakan Microsoft Word

2. Dapat mendedahkan kepada pelajar tentang pelbagai jenis latihan yang boleh memahirkan diri mereka dalam menggunakan Microsoft Word.

3. Memberikan pelajar kemudahan dimana pelajar dapat menggunakan Google untuk mencari info untuk diisi dalam latihan Microsoft Word

4. Dapat mewujudkan pelajar yang berdaya saing dalam memahirkan diri mereka.

 

Gambar Aktiviti Disini

Tarikh : 18 Februari 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bandar Petri Jaya
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Modul ini dihadiri oleh 6 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan modul ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mengenali Microsoft Word dengan lebih mendalam.
   
Aktiviti 
Setiap pelajar diberikan sebuah komputer setiap seorang untuk membuat latihan Microsoft Word. Menerusi modul ini, para pelajar diajar mengenai asas menggunakan Microsoft Word dengan betul. Selain itu juga, sesi modul ini dapat membuatkan pelajar lebih mahir menggunakan Microsoft Word seperti cara memasukkan gambar, cara mengubah font dan saiz tulisan serta lain-lain lagi. 

Gambar Aktiviti Disini

1

Tarikh : 13 JANUARI 2018
Masa : 3.00 PETANG - 6.00 PETANG
Lokasi : PUSAT INTERNET  BANDAR PETRI JAYA

TUJUAN : 

1. Memberi tarikan kepada pelajar untuk belajar di Pusat Internet.

2. Dapat mendedahkan kepada pelajar tentang permainan yang dapat mengisi masa lapang

3. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dalam melakukan sesuatu.

4. Pelajar dapat berkomunikasi dengan pelajar lain bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara pelajar.

 

Gambar Aktiviti Disini